Jumaat, 5 April 2019

MUQADIMAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kumulai penulisan ini dengan nama اللّٰه yang amat pemurah lagi maha mengasihani akan hambanya yang benar-benar ikhlas memikul amanah ISLAM . 

.....

Alhamdulillah . Ini merupakan kali pertama saya berada dalam dunia penulisan blogger usai keluar dari alam persekolahan .

Sedikit pengenalan ringkas berkenaan diri saya (2019) . Diberi nama Ibni Umar Abdul Aziz bin Iswady Fazly . Lahir di bumi Darul Iman iaitu Terengganu (12/10/2001) . Semasa kecil pernah menetap di Sarawak selama 4 tahun dan berpindah ke Johor selama 2 tahun . Alam persekolahan rendah bermula di Sekolah Kebangsaan Paloh , Terengganu (2008-2011) dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Medan Jaya , Terengganu (2012-2013) . Ketika meningkat usia remaja , saya mendapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (2014-2018) . Sejak dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5 , saya memilh untuk tinggal di asrama . 

Mengapa tiba-tiba mahu menulis ? Adakah ia berkait rapat dengan minat atau suka-suka ?

Sebenarnya minat saya bukanlah dalam dunia penulisan . Dan bukan juga dalam dunia sastera . Tetapi lebih kepada dalam dunia training dan fotografi . Semuanya bermula apabila bersalam dengan seorang tokoh ulama' haraki , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Mantan Naib Kesatuan Ulama' Sedunia dan juga merupakan Ahli Parlimen Marang  .




Apabila bersalam dengan beliau , timbul perasaan dalam diri ini . 

"Layakkah aku memimpin ummah dengan keadaan sebegini ?"

Kesedaran ini menyebabkan saya ingin melakukan perubahan dalam diri . Biarpun usia baru sahaja 18 tahun , saya merasakan ini adalah satu tangunggjawab . Saya memilih untuk berada di dalam dunia penulisan adalah kerana apabila berada dalam dunia penulisan ini menyebabkan saya perlu mencari sumber . Apabila mencari sumber ia menyebabkan saya perlu hadam satu persatu sumber tersebut tidak kiralah sumber tersebut diambil daripada Kitab atau didengar dari kuliah-kuliah talaqi mahupun kuliah umum . Ini merupakan satu manfaat buat diri saya . Dan yang kedua , apabila berada dalam dunia penulisan , ia juga dapat mengasah otak untuk lebih kritis berfikir dengan matang menggunakan gaya bahasa yang sesuai .


Cukuplah dahulu mukadimah penulisan saya yang pertama . Moga-moga penulisan saya yang akan datang memberi manfaat buat semua dan diri ini . Inshaallah .